Sunday 13 August 2017

Filled Under:

BIADAP!!! VIDEO Rakaman Awal Sebelum Terjadinya Kekecohan 'Serangan' Terhadap Tun M

BIADAP!!! VIDEO Rakaman Awal Sebelum Terjadinya Kekecohan 'Serangan' Terhadap Tun M

Program Nothing 2 Hide 2.0 yang berlangsung di Shah Alam bertukar menjadi ganas setelah beberapa individu menimbulkan kekecohan di dewan tempat berlangsung acara tersebut. 

Rakaman video ini merakam detik bermulanya serangan balingan kerusi, botol dan suar terhadap Tun Dr Mahathir Moahamad dalam program Nothing To Hide 2.o berjaya dirakam. Video ini juga berjaya merakam provokasi balingan kerusi dari atas tingkat 1 menerusi tingkap ke arah penonton.

Kekecohan bermula ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta mengenai peristiwa Memali, apabila tiba-tiba kasut dan selipar dibaling ke arahnya.

Bagaimanapun beberapa petugas keselamatan berjaya melindungi dan membawa keluar bekas perdana menteri itu. Keadaan menjadi tidak terkawal selepas penyokong bertindak balas dengan membaling objek seperti kerusi, selipar dan botol air di dalam dewan.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Dewan Raja Muda Musa di Kompleks Belia & Kebudayaan, Shah Alam yang menjadi lokasi acara itu juga dibakar dengan suar. Susulan 'serangan' tersebut, dua pemuda telah ditahan untuk membantu siasatan.




0 comments:

Post a Comment