Wednesday 16 August 2017

Filled Under:

Hafiz Ada Masalah BATIN...?? Ini Respon Paling 'Win' Dari Hafiz Hamidun

Hafiz Ada Masalah BATIN...?? Ini Respon Paling 'Win' Dari Hafiz Hamidun

Kisah pergolakan rumahtangga antara dua personaliti media sosial kini menjadi semakin hangat bila Hafiz Hamidun yang sebelum ini dilihat mendiamkan diri mengenai status-status yang dimuat naik Joy Revfa kini mula memberi maklumbalas.

Sebelum itu, Joy telah menulis status panjang di Facebook mengenai tanggungjawab seorang suami, dan karangan Joy itu seolah-olah memberi bayangan bahawa Hafiz mengalami masalah batin.

Status ini dimuat naik oleh Joy di akaun Facebooknya semalam:

Disebabkan status Joy itu, ada pihak membuat spekulasi masalah rumahtangga mereka ialah kerana Hafiz Hamidun mempunyai masalah tenaga batin. Enggan melayan spekulasi, seorang individu di Instagram telah bertanya terus kepada Hafiz sama ada dia mempunyai masalah seperti dimaksudkan.

Hafiz bagaimanapun menafikan mempunyai masalah tenaga batin, malah dia sempurna dari segi zahir mahupun batin. Hafiz memberitahu dia akan memberikan penjelasan bila tiba masanya.

Hafiz juga membuat kenyataan menyindir Joy, mengatakan yang hakikatnya Joy tahu sebab sebenar pergolakan rumahtangga mereka tetapi berselindung di balik karangan acah suci dan dia tiada hujah yang boleh diterima.

Dari penjelasan Hafiz itu ternyata dia memang tidak mempunyai masalah batin seperti yang dikatakan, oleh itu Netizen seharusnya berhenti berspekulasi. Mungkin masih ada perkara lain yang belum kita tahu yang bakal diumumkan oleh Hafiz seperti yang pernah diberitahu sebelum ini.
Tinjauan penulis pendapati status yang mengandungi komen-komen ini telah dipadamkan. 





0 comments:

Post a Comment