Monday 14 August 2017

Filled Under:

Isteri Rotan Suami Sampai Cedera Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim 10 kali Sehari

Isteri Rotan Suami Sampai Cedera Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim 10 kali Sehari

Isteri rotan suami enggan lakukan jimak 10 kali sehari|Gara-gara enggan memenuhi kehendak nafsu serakah isteri, seorang lelaki cedera dirotan oleh wanita terbabit dalam kejadian baru-baru ini.

Mangsa berusia 32 tahun yang juga pekerja di sebuah kilang di Klang dipaksa untuk memuaskan nafsu isterinya sebanyak tujuh hingga sepuluh kali sehari. Mangsa tidak dapat menolak permintaan wanita terbabit biarpun dia memberikan alasan bahawa dia penat setelah pulang dari tempat kerja.

Jika mangsa menolak untuk melakukan hubungan seks, mangsa akan dipaksa melutut dan menerima hukuman di mana wanita itu akan merontan badan mangsa berkali-kali.

Bagaimanapun setelah bertahan selama beberapa tahun, akhirnya mangsa sudah tidak dapat bertahan dari terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga lalu bercadang meminta bantuan dari luar.

Mangsa telah mendapatkan pertolongan dari pengasas Community Policing Malaysia, Kuan Chee Heng, kerana dia sudah tidak dapat bertahan dari terus menjadi mangsa kepada isterinya sendiri.

Kuan berkata, pekerja kilang dan isterinya berusia 31 tahun itu yang merupakan suri rumah sepenuh masa, mempunyai beberapa orang anak dan apabila dia didatangi lelaki itu yang menunjukkan bekas atau kesan rotan di seluruh badan dan punggungnya.

Menurut mangsa, dia enggan membuat laporan polis kerana dia berasa malu dan mahu menjaga nama keluarganya. Kuan menasihatkan mangsa untuk berbincang dengan isterinya dan membawa dia untuk mendapatkan rawatan atau kaunseling.

Kuan juga berkata, dalam tahun ini saja dia telah menerima tujuh hingga lapan laporan suami didera tetapi kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana mangsa malu untuk berbuat demikian. Majoriti mangsa berusia dari 30-an hingga 40-an dan pernah juga menerima aduan dari lelaki berusia 50 tahun.

Katanya lagi, pernah berlaku satu kes di mana isteri menggunakan pisau untuk mengugut suami.




0 comments:

Post a Comment