Friday 18 August 2017

Filled Under:

KANTOI ! Rupanya Remaja Malaysia Tunjuk Samseng Di Jepun Bukan Org Biasa-Biasa ! Anda Pasti Terkejut BESAR Liha Biodata Penuh Dia Ni !

KANTOI ! Rupanya  Remaja Malaysia Tunjuk Samseng Di Jepun Bukan Org Biasa-Biasa ! Anda Pasti Terkejut BESAR Liha Biodata Penuh Dia Ni !

Fotografi Bawa Remaja 17 Tahun Ini Travel Dan Ke Pusingan Akhir Pertandingan Antarabangsa

Jika dilihat kepada gambar-gambar yang beliau kongsikan di akaun Instagram miliknya, mungkin ramai yang tidak tahu pemuda ini masih bersekolah.

Hasil fotografi yang dihasilkan kelihatan professional dan mantap setaraf dengan mereka yang telah berusia jauh lebih dewasa daripada beliau.

Apa yang menjadikan saya lebih tertarik untuk berkongsi tentang remaja ini kerana cita-cita besar serta matlamat hidup yang jelas yang beliau miliki pada usia yang masih muda.


Ketika saya bermula ramai yang menolak pilihan saya untuk fokus pada fotografi, namun itu tidak mematahkan semangat saya.

Saya teruskan dengan keputusan saya dan setelah 5 tahun alhamdulillah kini saya berada di satu tahap yang boleh dibanggakan dan akan terus ke hadapan mengejar cita-cita saya.
Baru berusia 17 tahun, mari saya kenalkan anda dengan Ramadhan Sukrikhan atau lebih dikenali dengan trademark  Ramadhan Sinclair  dikalangan pengikut di akaun Instagram beliau.

Bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, remaja yang menetap di Bangi ini merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Kajang.

Minat fotografi muncul sejak beliau berusia 13 tahun kerana pengaruh daripada majalah dan rancangan National Geographic.

Lanjutan daripada itu, Ramadhan telah mengambil keputusan untuk mengembangkan lagi minatnya dalam bidang fotografi dengan menyertai kursus-kursus berkaitan.

Antara kursus yang telah beliau sertai adalah kursus Seni Melihat daripada Saiful Nang Academy, Potret Studio Lighting bersama Norman Yousuf, Asas fotografi dari Ahmad Syukri dan fotografi perkahwinan dari Adhadi.

Tak dapat jadi alim dapat jadi yang terbaik untuk masyarakat pun okey la. Insha Allah.

Dorongan dan sokongan keluarga
Ditanya apakah respon keluarga beliau berkenaan minat dan kecenderungan ini, menurut Ramadhan beliau mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama daripada ibu, Puan Rohaida Md Daud.

“Alhamdulillah keluarga saya terutama ibu sangat memahami minat dan bidang karier yang telah saya pilih ini. Ibu saya yang banyak memberi sokongan dan membantu saya untuk meneruskan karier di dalam bidang fotografi” – Ramadhan.

Bagi meneruskan minat ini, Ramadhan juga turut menyertai trip-trip travel fotografi ke luar negara. Trip terbaru yang telah beliau sertai adalah travel ke India selama 10 hari 9 malam bersama team Rarecation.

Saya travel bersama Rarecation kerana destinasi yang di pilih sangat unik (rare) dan sepanjang travel saya juga diberikan tunjuk ajar di dalam fotografi oleh jurufoto antarabangsa dari Rarecation.

Sumber: The Vocket




0 comments:

Post a Comment