Tuesday 15 August 2017

Filled Under:

"Saya Tetap Seorang Wanita Tulen" - Elaine Lye 'Jejaka' Sado Dari Ipoh Akui Dirinya Seorang Wanita(8GAMBAR)

"Saya Tetap Seorang Wanita Tulen" - Elaine Lye 'Jejaka' Sado Dari Ipoh Akui Dirinya Seorang Wanita(8GAMBAR)

Baru-baru ini seorang jejaka menjadi viral di media sosial kerana kesangsian netizen akan jantina sebenarnya. Jurulatih gimnasium yang berasal dari Ipoh, Perak ini memang seorang wanita! 

Memiliki tubuh badan yang 'sado' ramai terkeliru kerana dia mempunyai wajah yang maskulin tetapi masih mempunyai naluri seorang wanita. 

Dalam satu laporan oleh Astro Awani, El Lye atau nama sebenarnya Elaine Lye telah mengambil steroid sejak tahun 2008 lagi untuk mendapatkan bentuk badan yang berotot serta bulu pada pada wajah. 


Elaine juga mahukan seorang lelaki yang boleh menerima dirinya seadanya. Dia juga menambah dirinya bukanlah seorang transgender tetapi masih lagi seorang wanita. 



Demi mengejar tubuh badan idamannya, Elaine kehilangan teman lelakinya yang sudah tujuh tahun bersamanya. Bekas teman lelaki Elaine dikatakan tidak dapat menerima Elaine yang mempunyai tubuh yang sasa. 


Dia juga terpaksa menggunakan tandas lelaki kerana sekiranya dia masuk ke tandas wanita mereka akan terkejut sehingga memanggil pengawal keselamatan. 




0 comments:

Post a Comment