Wednesday 9 August 2017

Filled Under:

Wow Seiras! Gadis Ini Dikatakan Sebagai Kembar Lara Alana [5FOTO]

Wow Seiras! Gadis Ini Dikatakan Sebagai Kembar Lara Alana [5FOTO]

Telatah Lara Alana yang menghiburkan menerusi video dan gambar yang telah dimuat turun oleh ibu bapanya yang juga pasangan selebriti terkenal , Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya pasti ternanti-nanti.


Malah si cilik ini turut mempunyai rancangannya sendiri, Lara Oh Lara yang diterbitkan pada tahun 2016 untuk rancangan tv Astro, Ria 104 dan Ria HD 123 yang mengisahkan kehidupan Lara Alana yang dibesarkan oleh kedua ibu bapanya.




Terbaru, kecoh di Twitter apabila seorang pengguna, @syhrazmn telah berkongsi gambar seorang gadis yang dikatakan mempunyai wajah seiras Lara Alana.


” Lara Alana bila dah besar be like..”


Sehingga kini, gambar tersebut telah dikongsi oleh 9 ribu pengguna di Twitter. Ternyata muka gadis tersebut yang dikenali sebagai @nadiahnasirr mempunyai wajah seiras si comel Lara Alana. Agaknya bila dah besar, Lara Alana mesti secantik Nadiah.




0 comments:

Post a Comment